Kenderaan
Kami menggunakan kenderaan dua Sedan (Mit. Lancer) dari Kota Kinabalu ke Gate Maliau Basin melalui dua jalan utama iaitu Kimanis dan Jalan Kalabakan. Perjalanan lebih kurang 3 Jam dari Kota Kinabalu ke Keningau.
Singgah di Keningau untuk mengisi minyak dan membeli makanan untuk makan tengahari di gate Maliau Basin dan 2 jam melalui jalan Kalabakan dari Keningau. Selepas itu kami menaiki 4x4 dari gate untuk ke Maliau Basin Study Centre (MBSC) mengambil masa lebih kurang 1 jam termasuk merentasi satu sungai kecil. |
![]()
|
![]()
|
Beg
Menggunakan beg Deuter FOX 40 liter untuk aktiviti sempanjang 5 hari dengan maksimum kapasiti sebanyak 10kg sahaja, untuk mengelakan kecederaan (15 peratus dari berat badan). Mengunakan "the lightest possible material" serta mengelakan pengunaan makanan bertin kerana Maliau Basin adalah kawasan ZERO-WASTE.
Saya membawa 5 helai baju Dri-Fit, 3 helai seluar strack. Makanan menggunakan brahims, Botol, bekas makanan, Water bladder, Walking stick , Sleeping Bag, Leech Socks dan beberapa keperluan asas lain. (Rujuk Galeri) |
MakananKalori yang diperlukan sehari adalah lebih kurang 2500KCal / atau lebih. Kami membawa beras sekilo setiap dang menggunakan lauk sedia masak iaitu brahim's.
Setiap pagi kami akan bersarapan dan akan membungkus makanan kami untuk dimakan ditengah hutan. dan malam pula kami akan makan lebih untuk mendapat kesan carbo load untuk tenaga di keesokan harinya. |